KHIDMAT PENJAGAAN PANTANG BERSALIN TRADISIONAL OLEH PENJAGA PANTANG YANG BERPENGETAHUAN DAN BERPENGALAMAN DI DALAM MEMBERIKAN KHIDMAT  PENJAGAAN PANTANG BERSALIN TRADISI DAN MODEN 

KAMI JUGA MEMBIMBING MENGENAI TEKNIK DAN POSISI PENYUSUAN YANG SANGAT SELESA. PENJAGAAN BAYI SERTA PERUBAHAN SISTEM REPRODUKSI WANITA SELEPAS MELAHIRKAN

KETAHUI SEBAB PENJAGAAN PANTANG BERSALIN HARUS 44 HARI

Adalah di sarankan supaya wanita hamil dan ibu ibu di dalam berpantang mengetahui mengenai perubahan atau ketidaknormal sistem reproduksi wanita agar lebih bersedia secara mental dan fizikal di dalam melalui regim berpantang bagi mengelakkan permasalaahan meroyan semasa nifas. Penjagaan pantang bersalin tradisional.

Perubahan Fisiologi Sistem Reproduksi Wanita Selepas Melahirkan

  • Tempoh berpantang enam minggu adalah tempoh organ-organ reproduksi kembali ke keadaan normal seperti sebelum hamil. Tempoh berpantang ini juga di kenali sebagai tempoh PUERPERIUM. Perubahan fisiologi amat ketara,walaupun dianggap normal, perhatian harus diberikan kepada anatomi dan fisiologi ibu dalam tempoh pemulihan, ciri ciri perubahan fizikal   dan perilaku bayi baru dilahirkan, penerimaan  keluarga terhadap kelahiran bayi, persekitaran berpantang, pemakanan dan kebersihan .
  • Banyak perubahan berlaku terhadap sistem reproduksi wanita sejak hamil sehingga tempoh berpantang. Perubahan alat alat genital dalaman dan luaran ini di panggil INVOLUSI.
  • Bidan atau penjaga pantang yang berpengetahuan dapat membantu ibu untuk mengatasi dan memahami perubahan-perubahan seperti:

1.   Perubahan bahagian sulit wanita (luar dan dalam)

  • Selama proses melahirkan bahagian ini mengalami penekanan serta peregangan, selepas beberapa hari melahirkan, bahagian ini akan kembali dalam keadaan kendor. Ukuran faraj akan selalu lebih besar dibandingkan keadaan saat sebelum melahirkan. Penjagaan pantang bersalin tradisional.

2.   Perubahan pada serviks (leher penghubung rahim dan faraj

  • Selepas sahaja melahirkan  serviks menjadi lembik, kendor, terkulai dan berbentuk seperti corong berwarna kehitam-hitaman.

3.  Involusi uterus atau pengecutan rahim

  • Ini merupakan suatu proses dimana uterus kembali kepada keadaan sebelum hamil. Dari 1000 gram kepada normal 60 gram. Penjagaan pantang bersalin tradisional.
4. Involusi tempat plasenta.
  • Uterus pada bekas tempat plasenta merupakan luka yang kasar dan menonjol ke dalam kavum uteri (badan uterus). Luka ini akan segera mengecil selepas lahirnya plasenta. Berlaku pertumbuhan endometrium (lapisan dinding Rahim). Regenerasi endometrium terjadi di tempat bekas plasenta sehingga tidak ada jaringan parut pada bekas tersebut. Tempoh regenarasi ini adalah selama sekitar 6 minggu. Penjagaan pantang bersalin tradisional.

5. Ligamen

  • Ligamen-ligamen dan diafragma pelvis serta fasia (jaringan-jaringan penunjang alat genitalia, otot-otot dinding perut dan dasar pangkal peha) yang meregang selama kehamilan akan menjadi kendor yang mengakibatkan uterus jatuh ke belakang atau penyebab jatuh organ peranakan. Ia mesti di pulihkan. Penjagaan pantang bersalin tradisional.

6. Payudara

  • Payudara menjadi besar, ukurannya boleh mencapai 800 grm, keras dan menghitam di sekitar puting susu, menandakan permulaan proses penyusuan. Tanpa teknik, pemakanan dan jadual penyusuan yang betul, payudara boleh membengkak atau ketiadaan air susu.

7. Lokia (Darah Nifas)

  • Akibat involusi uterus, lapisan tebal selaput lendir didinding rahim yang mengelilingi plasenta akan menjadi jaringan mati. Lapisan tebal selaput lendir yang mati akan keluar bersama dengan sisa cairan. Percampuran antara darah dan selaput lendir ini dinamakan lokia atau darah nifas yang berbau hanyir. Penjagaan pantang bersalin tradisional.